Sentuhan Anak Malaysia pada Menara Abraj Al-Bait.




Kini tiada siapa yang berani berkata anak Malaysia
jauh ketinggalan dalam bidang teknologi. dan inovasi.
Pelbagai kejayaan telah diperoleh anak Malaysia di luar negara
sekaligus memperlihatkan anak kelahiran negara yang sedang membangun
turut setaraf dengan negara maju..

Kini rakyat Malaysia boleh berbangga dengan melihat struktur
menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram..
Menara Hotel Jam Diraja Makkah atau Menara Abraj Al-Bait kerana
ia sebenarnya mempunyai sentuhan anak Malaysia.


Wan Nasri Wan Aria.

Anak Malaysia itu ialah Wan Nasri Wan Aria,berumur 31 tahun
merupakan seorang jurutera syarikat dari 
Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.

Uniknya, 14 tenaga pakar Premier Composite Technology itu juga adalah daripada kumpulan anak muda Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia mengerjakan haji dan umrah..

Dengan ketinggian 601 meter, ia adalah menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.
Selain itu, 90 juta kaca mozek keemasan digunakan menghiasi keempat-empat permukaan jam berkenaan
.



Menara jam yang dilaporkan bernilai RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya, Kumpulan Binladin pada Mei 2011.Wan Nasri bersama kumpulan rakannya juga terbabit dalam pemasangan kubah bergerak di Masjid Al-Nabawi di Madinah dan juga kubah di Masjid Putrajaya.



#bangganya jadi anak Malaysia..Malaysia Boleh!!

Muzik Fm bakal ditutup.





Agak mengejutkan apabila dikhabarkan
stesen radio perdana negara,Muzik Fm bakal mengakhiri siarannya
pada bulan ini apabila diarahkan oleh 

Kementerian Penerangan,Komunikasi,dan Kebudayaan.

Radio ini bakal bertukar tema daripada sebuah stesen yang memainkan
rentak muzik terkini kepada Radio Informasi yang lebih kepada

memberikan informasi mengenai berita,forum,bual bicara
dan hiburan mendidik rakyat,seperti tema Nasional fm sebelum ini.

Sangat mengecewakan bagi penduduk Sabah
dengan langkah kementerian menutup siaran Muzik fm.

Di Sabah,sememangnya ramai lagi yang setia dengan
alunan muzik yang dimainkan di radio Muzik fm.
Bukan hanya golongan veteran,namun muda-mudi turut
mengemari format dan tema yang dibawakan Muzik fm.



Terutama kami masyarakat di Tawau,
Muzik fm sebenarnya sudah sebati dengan rata-rata penduduk Tawau.
Lihat sahaja jika ada acara yang melibatkan Muzik fm di lokasi,
pastinya mendapat sambutan yang hangat dari warga Tawau.
Masih segar dalam ingatan kemeriahan

Konsert Selamba Jer Muzik Fm yang diadakan di
Padang Terbuka SLDB,Batu 17 Jalan Bukit Qouin Tawau
pada 21 Mei 2011 lalu,
yang dihadiri lebih kurang 10 000 penduduk sekitar daerah ini.



Konsert Selamba Jer Muzik fm.




Kemeriahan ini menunjukkan betapa besar sokongan
masyarakat Tawau khususnya
kepada stesen radio ini,yang menjadi peneman setia
ketika sedang memandu ataupun

suri rumah yang sibuk menguruskan rumah tangga.
Tidak lupa juga dengan premis-premis yang menjadikan
Muzik fm sebagai stesen pilihan untuk pengunjug-pengunjung mereka..





Entah selepas ini stesen radio mana lagi yang menjadi pilihan.
Sayang sekali Tawau fm hanya ke udara sehingga pukul 7 malam sahaja.
Sabah fm  pula lebih kepada informasi pada sebelah malam,
berbanding masa siang dimana pengisiannya lebih mesra pendengar muda.
Takkan nak dengar  Traxx fm kan..tak biasala dengan bahasa orang putih tu..
Kami perjuangkan bahasa ibunda kami sendiri..hihi..







Sedikit info mengenai Muzik Fm..


-Bermula dengan nama Fm Stereo pada tahun 1975,
merupakan stesen radio pertama di Malaysia yang memberikan
perkhidmatan dalam bentuk streofonik.

-Tahun 1989,nama stesen ditukar kepada Radio 2 dan
setelah berjaya mendapat perhatian,sekali lagi nama stesen
ditukar kepada Radio Muzik pada 1 Ogos 1994.



-Walau bagaimanapun, nama Radio Muzik tidak dapat bertahan lama bila mana ia ditukar sekali lagi kepada Radio Malaysia Saluran Muzik (RMSM) bermula pada 1 Ogos 1998. Bukan sahaja Radio Muzik yang bertukar nama malah semua radio kelolaan RTM ditukar nama bermula dengan perkataan Radio Malaysia. Tujuan pertukaran ini ialah untuk menyelaraskan nama stesen-stesen radio kelolaan RTM. Berikutan dari itu, lagu pengenalan Radio Muzik juga telah ditukar kepada identiti baru.


-Bermula pada tahun 2000, nama siaran Radio Malaysia Saluran Muzik bertukar kembali kepada Radio Muzik. Ini kerana atas permintaan ramai dan kesesuaiannya dalam meneroka arus di bidang penyiaran negara. Disamping itu, perkhidmatan Radio Muzik mula dapat didengar melalui internet hasil kerjasama dengan Universiti Multimedia pada 1 Mei 2000. Bermula 1 Januari 2001 pula Radio Muzik ke udara 24 Jam dalam siaran berbahasa melayu. Ini antara perubahan baru untuk bersaing dalam dunia penyiaran dan perubahan akan dilakukan dari masa ke semasa demi memenuhi kehendak orang ramai.





Sultan Kedah Yang di-Pertuan Agong ke-14

 
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja
dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara hari ini.

Baginda akan memegang jawatan tersebut selama 5 tahun
bermula 13 Disember ini.


Sultan Muhammad V
Sementara Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V
dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama pada 21 sept. 1970 sehingga 20 sept. 1975

Baginda yang juga Timbalan YdPA ke-13
menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh
pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Sumber:BERNAMA

Antara kesan buruk teknologi- mengurangkan sifat ''kemanusiaan''






Dunia kini merupakan dunia yang tiada sempadannya..Manusia telah dihujani dengan pelbagai teknologi canggih,mampu menghubungkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat..Namun adakah teknologi ini membantu dalam amalan gaya hidup sihat setiap manusia?


Manusia  telah menjadi secara semula jadi, responsif kepada suara-suara yang 'automatik'. Manusia seolah-olah bergantung kepada enjin-enjin carian yang mempunyai semua jawapan tetapi tiada jiwa. Adakah penggunaan teknologi telah mengurangkan sifat seperti manusia?

Menurut artikel Bill Keller “The Twitter Trap” dalam New York Times, manusia memang menuju ke arah tersebut. Rangkaian sosial, menurutnya, menggantikan perbualan sebenar. Keupayaan manusia untuk menjalin hubungan dan berbual seperti biasa sesama sendiri telah sampai kepada tahap penurunan yang melampau.

Bagi kebanyakan orang dalam lingkungan usia saya, senarai perkara-perkara yang dibuat pada setiap hari adalah seperti berikut: 



buka dan semak Facebook, Twitter, E-mel. 'Log in', 'log off', klik kanan, klik kiri, menjarakkan dan 'Enter'.
log in blog,semak balas komen,lihat trafikk,fikirkan idea update entri terbaru dan blogwalking.



Sampainya pukul 12 tengahari, saya mungkin belum lagi berinteraksi dalam perbualan sebenar, sebaliknya saya telah bercakap dengan rakan-rakan saya menerusi Whatsapp,BB,,mahupun Facebook Massenger

Apa yang akan lebih membuat manusia berasa lebih rugi?
- jika manusia terpaksa mengalami satu hari tanpa suara, atau tanpa apa-apa interaksi dengan teknologi digital?


Saya mengajukan soalan ini kepada beberapa rakan saya, dan kesemuanya menjawab 'teknologi'.
Kata seorang kawan,“Saya pasti anda tahu jawapan saya,”
“Tiada internet seperti tiada oksigen,” kata seorang lagi.
Terus terang, saya bersetuju dengan mereka.




Terutama pada zaman ini, di mana hampir semua interaksi ialah ditakrifkan secara digital, manusia telah menyesuaikan diri untuk berkomunikasi melalui medium digital ini. Teknologi mempunyai sifat yang pelik yang mana manusia berupaya berasa bersama dalam satu kelompok hanya dengan adanya sambungan Wifi yang berdekatan mahupun 3G

Adakah anda pasti sama ada laman-laman web baru ini benar-benar 'sosial'??
Tidakkah manusia merasa ada sesuatu yang palsu mengenai kemesraan di Facebook dan sesuatu yang maya tentang interaksi dalam Twitter.??

Apa yang penting dalam kehidupan namun telah hilang dek arus teknologi sekarang ialah kerumitan,kesabaran,kebijaksanaan,kemesraan dll walhal ini adalah perkara yang penting dalam kehidupan..
                                                                                                             

Bersetuju dengan kata-kata Keller, saya juga percaya yang teknologi telah menghakis elemen-elemen teras yang membentuk manusia. Teknologi-teknologi ini juga memencilkan kami dari satu sama lain, dengan mudah menghubungi kami kepada orang jauh namun ia merosakkan interaksi dengan orang yang di hadapan kami.

nota sisipan:waspada dengan pengaruh teknologi...

                                                                                                                                      

contengan; :::::::saveqmm:::::::
                                                                                                                                                                           ~webteamcrew~

Pertandingan Mencipta Logo!



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Untuk pengetahuan ,MyTawau Webteam belum mempunyai logo rasmi
untuk diguna pakai dalam blog,pages mahupun group.

Oleh yang demikian,dengan sukacitanya pihak admin ingin membuat satu 
PERTANDINGAN MEREKA LOGO RASMI Mytawau Webteam.
Jika anda rasa anda berbakat dalam seni rekaan logo,
anda digalakkan menyertai pertandingan ini,kerana bukan sahaja 

menawarkan hadiah yang lumayan,tetapi anda juga mampu
melihat hasil tangan anda terpapar dalam halaman Mytawau Webteam..


Info:Pertandingan Mereka Logo MyTawau Webteam
Tema:Profesional(nampak matang dan ada intipati(tersurat dan tersirat)
Tarikh Mula:11/10/2011
Tarikh Tutup:11/11/2011

SYARAT-SYARAT


Berikut adalah syarat-syarat penyertaan


-Mestila Warga Tawau


-Logo adalah hasil ciptaan sendiri,tidak diambil/ditiru dari mana-mana sumber
(jika didapati,penyertaan adalah batal)



-Bantuan software amatlah digalakkan

-Ahli Group MyTawau Webteam


Jika belum mendaftar, daftar di sini dengan segera!
http://mytawauwebteam.blogspot.com/p/daftar.html

-Setiap logo harus dipostkan ke dalam belog anda 
dan ceritakan apakah isi tersirat dan tersurat logo yang anda cipta itu
(asal ada je la..tak perlu panjang sangat)



-emailkan penyertaan anda kepada mytawauwebteam@gmail.com



HADIAH

Jika  kurang daripada 5 penyertaan,maka hanya 1 logo

sahaja yang bakal memenangi hadiah berupa wang tunai 
bernilai RM50..

Jika  melebihi 5 penyertaan,maka berikut adalah hadiah-hadiahnya:

Tempat pertama:RM50(pilihan kredit  panggilan atau bank-in)

Tempat Kedua:RM 25(pilihan kredit panggilan atau bank-in)

Tempat ketiga:RM10(kredit panggilan)


JURI

-terdiri daripada admin Mytawau Webteam
(jangan risau,admin tidak masuk bertanding jugak..hihi)

amacam,menarik bukan..jarang sekali sesebuah group menyediakan
wang hadiah sebesar ini diawal penubuhannya..
maka apa tunggu lagi,rebutlah peluang anda,
mana tahu rekaan anda berjaya memikat hati juri...ahaks..






nota sisipan : kami sedang berusaha menaik taraf blog group ni.. 
jadi diharap anda semua bersabar..dan teruskan menyokong MyTawau Webteam!!!

Tawau WebTeam's Logo

Tawau WebTeam's Crews

Tawau WebTeam's Blog List